Wednesday 29 February 2012

House Beautiful Feb 2012


 Untuk download, sila click link di bawah

Kyle Luqman di Mingguan Wanita 2 Mac 2012



Ingat-ingat balik mcm kelakar plk masa photoshoot hari tu...dah ler panas maut punyer umah tu...maklum ler, kos nk pasang air cond tak masuk awal2...kunci pintu yang aku duplicate xleh pakai pulak...sibuk call si Helmi (Agen Umah Kyle Luqman) x angkat pulak...ish3 nak kena piat telinga bdk ni...hahaha. Adik aku si Cem tgh mogok plk x angkat tepon....x shuke...kena harung semua benda sorang-sorang....last2...dapat jgk cari tukang kunci tu pecahkan pintu umah tu. Lagi sejam dua si Wawa nak buat photoshoot, aku rasa aku macam Oshin mengelap lantai...maklumlah umah tinggal...adoiiii !!! Tapi bak kata orang, berbaloi lepas tgk hasilnya. Time kasih gak pada si Yanti yang shoot gambar2 dalam majalah ni. nanti kita shoot projek baru naaa...

Style At Home Canada Feb 2012

 
Untuk download...klik link di bawah...

Tuesday 28 February 2012

Kyle Luqman di Sinar Harian


Alhamdulillah...syukur pada Allah SWT...ada jgk org yang pandang apa yang Kyle Luqman buat... beberapa bulan lepas, ramai yang kritis boleh jalan ke bisnes deko rumah golongan berpendapatan sederhana ni...maklumlah...Rizalman Ibrahim attack golongan berada kalau tengok kat blog Fabulousity Rizalman tu...walaupun beliau memang sangat berbakat untuk buat rumah jenis apa pun...dialah sumber inspirasi ku...selain Nate Berkus, ID jemputan kat Oprah tu....Eric Leong....no..no...dia berbakat tapi saya kurang mengemari style deko beliau yang sangat simple...Kyle Luqman banyak unsur bercerita dalam ID kitorang...gabungan barangan baru dan lama memang akan menjadi trademark kitorang....owh...apa kata aku upload majalah deko luar negara kat cnie supaya boleh jadi sumber rujukan kat korang...apa macam ???

Sunday 19 February 2012

APA KYLE LUQMAN BUAT !!!

‘Terasa macam duduk rumah orang kaya pulak’. Itulah package perkhidmatan kami di Kyle Luqman Associates. Anda memiliki rumah jenis teres, flat atau apartment yang biasa-biasa saja? Meh sini kami tukar rumah buruk anda jadi rumah macam ‘Ala-Ala Condo’ gitu.

Kami sedia membantu anda jika anda inginkan rumah yang pelbagai konsep sesuai mengikut citarasa anda sendiri. Selain tu,kami menawarkan servis 'DecoPart' (deco di bahagian-bahagian tertentu sahaja) mengikut budget anda dalam menaik taraf bahagian rumah tersebut. Seiring dengan motto kami 'Attention to Details', kami di Kyle Luqman akan memastikan rumah anda indah sedetail2nya! Yessss!!!

Kami juga menawarkan khidmat gubahan dan 'modify' bunga-bunga jenis perhiasan rumah dengan harga yang amat berpatutan. Sila rujuk gambar utk bunga-bunga yang telah kami gubah. Kami juga menjual bingkai gambar pelbagai saiz yang grand2 gitu utk dihiaskan di dalam rumah anda.

Bertemakan ‘AlaCondo’ House kami sudah pun mula menjual 2 unit rumah jenis flat dengan harga yang amat berpatutan sesuai untuk pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, bujang dan juga mungkin lelaki yang berbini dua! Bini tua bilik lain, bini muda bilik lain..Hehe..Ini kerana disetiap bilik menjanjikan kenangan terindahnya yang tersendiri.

Dengan lampu chandelier yang memukau setiap mata yang memandang, pasti anda jatuh hati melihat rumah kami. Perabut-perabut dan aksesori-aksesori lain yang unik dan datangnya dari segenap pelusuk dunia lain pasti menjanjikan seribu satu kebahgiaan jika anda memiliki rumah ‘AlaCondo’ ini. Sila rujuk gambar untuk kepastian!

Hubungi kami untuk memiliki rumah ‘AlaCondo’ anda! Sekarang!